Dalam satu survei bulan Januari bertajuk “Negara UKM Kami” yang dilakukan oleh Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), 54% PKS telah melaporkan penjualan yang jauh lebih rendah pada tahun 2020 akibat dari pandemik Covid-19 dan hanya 30% PKS sahaja yang melaporkan peningkatan.
Menurut Datuk William Ng, selaku Ketua Hubungan Dasar dan Perhubungan Kerajaan [Chairman] SAMENTA, ini sebenarnya lebih baik daripada yang dijangkakan, kerana beberapa sektor seperti peralatan perubatan, elektronik, logistik dan e-dagang antara yang mendapat manfaat daripada pandemik ini.
“Situasi pandemik Covid-19 dan penutupan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan [PKP] telah menimbulkan kekacauan dan kembimbangan bagi kebanyakan PKS.
Terutamanya sektor pelancongan, pembinaan, acara dan runcit paling teruk terjejas, dengan antaranya mengalami penurunan perniagaan lebih daripada 70 peratus.
Namun tidak dinafikan, ada juga sektor yang mendapat manfaat dan keuntungan secara langsung dari penutupan ini begitu juga beberapa perniagaan yang dapat mengalih arah ke bidang lain, ” kata Ng.
Di antara inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan, PKS mendapati bahawasanya program subsidi gaji adalah yang paling bermanfaat, dengan 70 peratus memanfaatkannya. Pelbagai pinjaman mudah ditawarkan seperti Dana Bantuan Khas juga penting dalam membantu PKS yang mengalami kekurangan wang bagi mengatasi masalah ini.
Hasil daripada bantuan ini, dan tindakan pantas oleh beberapa PKS, hanya 10 peratus dari semua PKS memberhentikan pekerja mereka pada tahun 2020 dan hanya 7 peratus yang menjangkakan pemberhentian lebih lanjut pada tahun 2021.
Namun, memandangkan iklim ekonomi yang mencabar dan ketidakpastian mengenai kesediaan vaksin di seluruh dunia, kebanyakan PKS (75 peratus) menilai prospek perniagaan bagi tahun 2021 sebagai baik atau buruk.
Hasil dari servei ini, 61 peratus dari mereka mensasarkan dan mengharapkan pemulihan hanya pada suku keempat 2021, sementara 28 peratus lagi menjangkakan pemulihan hanya pada tahun 2022.
“Pesimisnya, walaupun vaksin telah mula diagihkan dan janji Perdana Menteri bahawa kemungkinan tidak akan ada lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan [PKP] mendatang, namun ianya hanyalah hasil dari ketidakpastian dasar, apa sahaja boleh berlaku.
Walaupun dengan niat yang baik atas dasar tidak kira bagi pemulihan ekonomi atau untuk menjaga kesihatan rakyat Malaysia khususnya, kelancarannya sering kali dipandang kurang kesediaan dari pelbagai sudut, antaranya Garis Panduan & Operasi Standard (SOP) yang hanya diumumkan beberapa hari atau minggu setelah dasar besar diumumkan”, tambah Ng.
“Akhir kata, kami benar-benar berharap kerajaan akan terus melakukan sebaiknya terhadap masyarakat awam sebelum sesuatu keputusan dasar atau rancangan diputuskan.
Dan yang lebih penting, tanganinya dengan pikiran yang terbuka, dari menjadikan sesi ini sekadar platfom untuk membuat sebarang kemungkinan atau keputusan yang telah ditetapkan, ”kata Ng.
SAMENTA
SAMENTA – Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Persatuan Pengusahaan-Pengusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia) merupakan sebuah persatuan PKS yang pertama dan tertua di Malaysia.
Mula beroperasi dan didaftarkan pada 12 November 1986 dengan misi bagi menyediakan platform bersepadu & unik untuk Pembangunan Perniagaan & Keusahawanan [PKS] melalui pendekatan empat segi iaitu perundingan dasar, akses pasaran, pengukuhan perniagaan dan pembangunan kapasiti perniagaan.
SAMENTA, akan terus menjadi suara dan akan berbicara tanpa rasa takut atau was-was terhadap isu-isu yang mempengaruhi PKS. Pada masa yang sama, kami akan terus menjadi pengantara antara agensi dan PKS serta akan memberikan segala maklum balas yang tepat pada masanya berkaitan isu-isu yang mempengaruhi PKS amnya dan ahli PKS kami khususnya.

Source: Nokomen.com
Recent Posts
Continuing to speak up for SMEs
September 2, 2024SAMENTA Networking Chinese New Year Dinner 2024
February 24, 2024SAMENTA and HRDC Join Forces: Empowering SMEs
November 16, 2023” SAMENTA Lunch & Learn: Fueling Your
November 1, 2023Categories